Ulasan kritis Konsert_M._Nasir_Satu_Hikayat_–_40_Tahun_Perjalanan

Konsert ini juga menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik. Dalam ulasan retropektif untuk Kopiplanet mengenai konsert ini, Juliana Johar berkata: "Ternyata konsert yang dianjurkan Shiraz Projects ini berjaya mengembalikan nostalgia buat peminat setia M. Nasir dan tidak mustahil di atas sambutan yang diberikan, jenama 40 Tahun Hikayat M. Nasir mungkin boleh dijadikan sebagai konsert jelajah di setiap negeri selepas ini, mana tahu kan?".[16] Fariza Saidin memuji persembahan, sistem bunyi, pencahayaan dan muzik konsert itu sambil berkata "Hebat! Puas dan berbaloi wang ringgit untuk dibelanjakan".[24] Fiza Kamarudin dari Astro Gempak dalam ulasannya berkata: "Kesimpulannya, M. Nasir bukan sekadar nama, tetapi berada dalam kelas tersendiri".[14] Rimanilzah dari Malaysiakini berpendapat: "Memang diakui M Nasir ada terlupa lirik dan kelihatan janggal dalam beberapa momen persembahan. Namun demikian, peminat tegarnya amat maklum tentang hal ini dan dalam beberapa bahagian "membantu beliau melanjutkan persembahan"".[25]

Rujukan

WikiPedia: Konsert_M._Nasir_Satu_Hikayat_–_40_Tahun_Perjalanan http://www.myticket.asia http://www.astroawani.com/berita-hiburan/m-nasir-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/menjelang... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tiket-kon... http://www.kosmo.com.my/hiburan/m-nasir-cabar-peny... http://web.archive.org/web/20190826190510/http://w... http://web.archive.org/web/20190828063539/http://w... http://web.archive.org/web/20191004053923/http://w... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mnasir-h... https://praharaseni.blogspot.com/2019/11/buka-kota...